Nuffnang
Borang Pesanan
Ahad, 20 April 2014
TIP AIR KOSONG 3 LITER SEHARI
Saya akan kongsikan sedikit tips bagaimana untuk anda pastikan anda mampu untuk cukupkan syarat 3 liter air masak sehari.
TIPS 1:
✔ Bangun tidur, sebelum buat apa-apa, minum segelas air masak : 250ml
✔ Selepas mandi, sembahyang Subuh dan settle apa yang patut, minum segelas air masak, lepas tu baru keluar rumah (pergi kerja atau kelas) : 250ml
✔ Pastikan anda minum sekurang-kurangnya1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch. Anda ada sekurang-kurangnya 5jam untuk habiskan 1liter sebelum lunch dan 1liter selepas lunch.
✔ Balik kerja atau balik kelas, minum segelas air : 250ml
✔ Sebelum tidur, minum segelas air masak :250ml ** Jika anda bekerja atau belajar atau mungkin suri rumah sekalipun, anda boleh sediakan tumbler yang size 1liter ataupaun tumble yang 1.5liter.
TIPS 2:
✔ Minum 1-2 gelas air masak sebaik bangun tidur. Minum air masak dipagi hari dapat membantu sistem pelawasan tubuh, menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan berseri.
✔ Minum 1 gelas air masak satu jam sebelum tidur.
✔ Ambil supplemen/vitamin bersama 2 gelas air.
✔ Minum 1 gelas air setengah jam sebelum makan. Ia dapat membantu mengelakkan makan secara berlebihan dan seterusnya dapat membantu bagi yang ingin menguruskan badan.
✔ Minum 1 gelas air selepas ke tandas.
✔ Minum 1-2 gelas air sebelum dan selepas direct feed atau mengepam susu.
✔ Letakkan sebotol air masak ditepi katil untuk memudahkan minum air apabila terjaga di waktu malam, terutama bagi ibu-ibu menyusu.
✔ Pastikan air masak sentiasa dibawa di dalam botol apabila anda bergerak or on journey. Jadi bila-bila masa saja boleh minum.
✔ Minum air masak apabila terasa laparatau haus tetapi belum sampai waktu makan lagi.
✔ Sukat pengambilan air secara detail. Kadang-kala kita rasa seperti sudah minum banyak air tetapi sebenarnya belum pun sampai 3 liter.
✔ Alhamdulillah, jika anda ikut tips di atas, maka anda berjaya cukup kan minum air masak 3liter sehari.
SELAMAT BERJAYA....